(Pendapat Pertama)
Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama
Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah bersempena nama seorang
penduduk awal iaitu Deli yang berasal daripada Siam. Pada masa yang sama
seorang Cina bernama Pongsai menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut.
Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi
‘Tak tengok Deli ke?’ dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili.
Pada masa itu, perkataan
pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.
Penghulu pertama pada masa itu
ialah Wan Muda yang berasal yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan
Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung
Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah
Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor. Disebabkan
keuzuran beliau kemudiannya digantikan dengan Penghulu Md. Lazim bin Md. Akhir.
(Pendapat
Kedua)
Mengikut pendapat yang kedua
pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik beradik yag
berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengikut cerita, kedua-dua
mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah
berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil telah berpindah ke Sedili Kechil. Maka
disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili
Kechil.
Mengikut cerita orang-orang
tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka
dan diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka
menetap di bahagian tanjung dan mula menjalankan aktiviti penternakan lembu di samping
menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu mula membiak dan terus bertambah
bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu.
Ketua kampung yang dilantik
secara rasmi ialah Mohd Salleh bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim bin
Omar. Selepas tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa
bin Abdullah mulai tahun 80an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu
telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili
secara rasminya.
Pada tahun 1997, pucuk
pimpinan Tanjung Sedili telah digantikan dengan ketua kampung yang ke-empat
iaitu Tuan Hj. Ibrahim bin Yahya. Beliau adalah anak jati Tanjung Sedili yang pulang ke kampung halaman untuk menabur
bakti selepas bertahun-tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah
sekarang.
No comments:
Post a Comment